Cerita Lawak Lucah Sangat

>> Tuesday, December 21, 2010

Hai korang semua.Bersua kita kembali.Kali ni aku nak share ngan korang semua pasal ada satu cerita yang agak lawak macam bangang la..Kejadian ini berlaku di kampung aku time bebrapa minggu lepas..Ketika itu adalah  waktu magrib menjelang masuk waktu isyak..Korang layan la ye..

Time ni baru lepas semayang magrib ramai satu keluarga aku, pastu abah aku nak buat tahlil sikit la anak beranak sebab semua ada balik, bukan selalu semua ada.Dan ketika aku kusyuk membaca tahlil, TIBA2 dengar ada keta masuk kat halaman rumah aku.

uncle keta pink : askum
aku : wsalam, masuk la cik ( dalam hati aku, sape pulak la dia ni)

Then mak aku pun kuar nak tengok sape yang datang, mak aku pun ajak la uncle keta pink nie masuk.

uncle keta pink : Ni ada tahlil ke ni?
mak : ha'ah, saje buat tahlil ramai2 anak beranak je..
uncle keta pink : ha, bagus la tu (muka confident)

Uncle pink terus masuk dalam rumah dan menjoinkan diri bersama keluarga aku tahlil.

aku : mak, sapo tu?
mak : ontah la, mak pun tak kenal.lalu ada senyuman agak menjengkelkan dari mak aku.:-)

Aku and mak aku pun masuk dalam semula untuk meneruskan tahlil, kitaorang adik beradik semua gelak2, sebab semua tak kenal siapa uncle keta pink ni.Time nie tahlil masih berjalan..And kitaorang bercakap menggunakan gerak bibir je, cakap kat orang sebelah, wei, orang tu salah rumah kot.:-)

Selesai tahlil, aku perhatikan dia macam da perasan yang dia salah rumah, da menggelupur semacam je aku tengok.Ha, akhirnya dia mengaku, saya salah rumah, saya nak g rumah noriah (umah orang nie sebelah rumah aku tapi masuk ke dalam sikit) dia cakap saya tengok banyak keta je kat rumah ni, saya ingat sini la kenduri ye..adoyaiiii, aku gelak guling2 macam orang giler kat luar ngan akak2 aku..Muka punye lah confident giler!!

Bapak aku lagi kejam, da la orang tu salah rumah, boleh dia cakap
abah : Jangan la balik dulu, makan dulu kat sini.. hahaha.orang tu muka da merah da..Sebab satu family aku memang tak kenal siapa uncle pink itu..Misteri pun terungkai..:-)

Pengajarannya, bertanya lu dulu kalau tak tau mane reumah yang nak g, nanti kalau tersilap sendiri malu wooo..:) lawak tak??

Read more...

Akibat Mengikut Kata Jari & Tangan

>> Friday, December 10, 2010

Salam korang sumer..Sumpah lame gile dah aku tak usik ini blog kesayangan.Rasa macam malas je nak ada blog da, Adakah aku perlu masa untuk berehat atau terus bersara dari dunia blog yang semakin ramai orang menggilainya?Persoalan ini hanya masa yang menentukan! Giler syial ayat aku! huahuahua 

Tapi yang pasti tak de pun orang menanti kan aku untuk update ini blog.kalau ada pun tersesat maybe!Wlalupun pun eyriqazz kalau jumpa aku mesti dia tanya kenapa aku jarang update blog.Jawapan aku hanyalah busy!Busy tengkorak hang, tak de maknanye! huahuahua ! !

Ini bermakna bila dah lama tak update, memang banyak gile la benda yang nak aku ceritakan kat sini.Tapi adakah aku akan tulis semua?Atau sikit je?Salah jawapan korang tu, aku tak nak tulis apa2 cerita pun, entry ni pun aku layan je jari ni menaip sementara nak menunggu siang!:-) Giler bukan?

Tapi aku nak bagi tau korang semua yang aku selalu baca blog korang, boleh dikatakan setiap kali aku online, confirm aku akan baca blog korang.Terutama seklai yang ada kat blog list aku tepi ni.So aku tau segala cerita korang kat blog walaupun aku tak aktif lagi dah sekrang!Aku tengok sekrang macam2 korang buat untuk naikkan blog korang, buat contest la, bagi domain la, macam2!Aku sokong korang, teruskan lah.Generate la duit dari blog.Cuma aku tak berkesempatan nak join contest2 korang.maaf ya!:-)

images

Mungkin aku akan terbang jauh tak lama lagi, so korang pasti akan merindui aku(sila muntah hijau) eleh, macam lah terbang jauh tak de internet.Bangang!:-)

Read more...

Digi Pimp My Music Party at Zouk 2 | Digi Music Unlimited

>> Thursday, November 18, 2010

Hai korang semua, entry kali ni aku nak share dengan korang satu event yang telah di anjurkan oleh nuffnang dan digi.Event ini telah berlangsung di velvet Zouk KL pada 11 Nov yang lepas.Aku dapat invitation untuk join event ni.So Sudah semestinya lah aku join.Walaupun hujan renyai2 hari tu, parking jauh la jugak semata2 tak nak bayar parking.hahaha!

Event ini bertemakan celebrity, aku sudah pasti la menjadi celebrity redfinger.Korang kenal tak?Mesti tak kenal kan?huahuahua ! !Tak pe lah, aku hanya menjadi diri sendiri time event ni, tapi time registration aku tulis aku adalah bob marley.Boleh?huahuahua ! !Ramai celebrity yang hadir malam tu, lady gaga, adam lambert, p.ramlee, ziana zain dan ramai lagi lah!

Selepas pendaftaran selesai di entrance, semua masuk ke dalam zouk..Ni first time aku masuk zouk, best la jugak sebab happening giler.Sesuai sangatlah sesape kaki clubbing.Sementara nak tunggu event bermula, aku bersama blogger2 lain hands on iphone 4!Bagi aku iphone 4 nie memang best la sangat2.Sebelum ni aku memang tak suka handphone yang touch screen ni, tapi i phone 4 telah mengubah persepsi aku bahawa walaupun touch screen, tapi senang nak guna.Even jari aku ni besar sekali pun tapi still senang nak guna kan!


.digi music36



.digi music35



.digi music34



.digi music40



.digi music39


Dan ada juga blogger2 lain yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar iphone 4 yang terbaik.Dan macam2 skill yang keluar time nak mengambil gambar.Semua untuk mendapatkan the best shot!:-) Tak percaya?Korang tengok gambar ni.:-)

..digi music41


..digi music42


Ada juga blogger yang mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan blogger lain yang baru 1st time jumpa.Aku ramai giler tak kenal, so ambil kesempatan la untuk berkenalan dan berkongsi tips, sharing apa yang patut.:-) mereka semua tak sombong langsung ok!!


..digi music38


Tepat pukul 7.30, event pun bermula, kata2 aluan dari rob selaku emmcee untuk malam tu.tapi perut semua dah lapar, so makan dulu la sebelum event diteruskan.Masing2 dah kelaparan sebab semua baru balik keje terus datang event ni.So kita makan dulu!!!:-)


.digi music27



..digi music26



..digi music25


Sebelum makan kena lah Q dulu, makanan malam tu just nice.Simple je, tapi sedap la.2 3 kali jugak la aku tambah.huahuahuahua!!


.digi music31


So makan time!Masing2 makan tak tengok keliling da, fokus je pada makanan.Sampai terlupa la nak ambik gambar makanan.Punye la lapar masing2!hahaha.


.digi music24



.digi music23



..digi music29



.digi music30


Bila semua da kekenyangan, event pun disambung balik.Tujuan event ni diadakan adalah digi melancarkan satu product mereka yang baru..Pasal apa yang digi lancarkan malam tu, teruskan membaca, aku akan explain secara details pasal apa yang dilancarkan malam tu di penghujung entry ini.


.digi music22


Selepas pelancaran dan explanation semua, event di sambung pulak sengan sesi berjoget sakan.Sape yang berjoget atas stage, dapat hadiah dari digi.Maka berebut lah yang naik atas stage untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam tarian.:-)

.digi music21



.digi music20

Rob juga tak melepaskan peluang untuk menari dan menunjukkan kehebatan mereka di pentas tarian.Oh, mereka hotss!

Selepas dah dapat hadiah pulak, acara untuk meneka celebrity.Ramai sangat la celebrity malam tu, aku pun tak perasan sangat.:-) yang aku paling cam sekali adalah p.ramlee..hahahaha


..digi music32


..digi music16



Lepa tu ada twitter Q&A.Siapa yang dapat menjawab dengan pantas melaui twitter, akan mendapat hadiah.Aku tak dapat la sebab tak dapat nak bukak twitter pun..So tengok je la orang lain bertweet!Cara nak menjawab soalan adalah #Digiphoneanswer.


..digi music18



.digi music17


Ok lepas tu acara merebut iphone 3gs yang ditawarkan oleh digi kepada pemenang best dress.Aku nye dress memang tak layak la nak menang apa2.:-) Dan 4 orang telah dipilih untuk ke final the best dress.Dan aku rasa mereka memang layak!


.digi music15



.digi music12



.digi music13


Tapi dari 4 orang tu hanya 2 orang saje dapat g ke final.@ orang ini adalah untuk merebut iphone 3gs pada malam tu.Dan finalist untuk the best dree untuk malam tu adalah:-


.digi music11



.digi music10
finalist akhir berentap untuk merebut iphone 3gs


Dan mereka berdua nie lah finalist nye.Dan untuk menentukan siapa yang membawa pulang iphone 3gs, mereka berdua kena lah menari dan siapa yang berjaya menarik perhatian penonton dan mendapat jeritan paling kuat, maka dia lah menang.


.digi music9
Juara best dress dan dapat iphone 3gs


Senang je dapat iphone, rezeki dia, nak buat macam mana.So bila semua da settle, maka semua duk bergambar untuk kenangan dan untuk update blog la ape lagi.Nama pun blogger kan, mesti la kena banyak gambar..:-)


.digi music7



.digi music5



.digi music3



.digi music



..digi music2



.digi music6


Ok korang, dah puas tengok gambar?:-) ni aku nak cerita pulak pasal apa yang digi lancarkan malam tu..Malam tu digi melancarkan satu product terbaru mereka iaitu digi music unlimited.

.digi music46
Apa yang menariknya adalah dengan digi music unlimited ni adalah korang semua boleh download lagu for unlimited dan hanya RM5 sebulan.Sangat best bukan?Kalau korang kaki download lagu, ini adalah satu tawaran yang memang gempak sangat2.Korang boleh download sampai penuh hard disk korang.:-)

.digi music45
Dan ape yang lebih menarik adalah, semua jenis lagu ada.Yang latest dan hits2 in town semua ada, korang boleh cari apa saje lagu yang korang nak download.Hanya Rm 5 sebulan ok!So apa tunggu lagi, aku da mencubanya, memang senang nak guna dan teramat la murah.!

.digi music44
Dan kepada pengguna iphone , korang boleh download the iphone application for free untuk menggunakan digi music unlimited ini.Dan kepada pengguna android dan blackberry, application nye coming soon.Haran bersabar ye..:-)

.digi music43

So itu lah saja al kisah digi pimp my music.Sangat lah gempak dan happening.semua blogger yang hadir sangat enjoy dengan apa yang nuffnang dan digi sedia kan.Next time kalau ada event, jangan lupa ajak redfingger ye.:-)

Read more...

Tips Naikkan Traffic

>> Saturday, November 13, 2010

Hai dan salam 1 malaysia..Hari2 minggu nie memang syok untuk melepak2 dan menenangkan diri..Entry kali ni aku nak share ngan korang antara benda yang korang boleh buat untuk menaikkan traffik blog korang..Secara tak langsung mendapat visitor yang ramai...

Tapi aku jarang je nak buat semua ni, sekadar cakap pandai la..hahahaha..Aku sekadar berkongsi apa yang aku ada, korang cuba lah buat, tengok boleh jadi ke tak..Tak salah untuk try and eror..:-)


1) Cuba Buat tutorial selalu..Sebab tutorial ni akan membantu orang yang tak tahu dan orang yang mencari, tak kisah la tutorial apa sekali pun sebab kita kena fikir yang tutorial yang akan kita buat tu untuk membantu mereka yang tak tahu apa yang kita tahu..Dengan tutorial, macam2 ilmu boleh dikongsi dengan pembaca, dan kita kena ingat orang yang sedang mencari tutorial ini akan search di google, so ini ada peluang untuk mendapat visitor yang ramai jika tutorial yang dibuat baik.



2) Gunakan tajuk entry yang lebih menarik supaya dapat menarik visitor untuk datang ke blog kita.Tajuk entry tersangatlah penting sebab ia adalah ayat pertama sesuatu entry sebelum orang nak teruskan membaca atau pun tak.Kalau tajuk entry biasa je, orang nak baca entry tu pun malas.So macam mana nak ramai kan visitor.Ada jugak yang meletakkan tajuk entry yang tak ada kaitan dengan entry, sekadar untuk menarik minat orang..Betapa hebat kuasa tajuk sesuatu entry.Mungkin tajuk entry ni biasa sangat2, tapi cuba aku letak, tajuk entry ni " aksi awek baju kurung dalam bus"..Sah2 orang akan terus baca..:-)


Tu je la, ada lagi lepas ni, tak larat nak tulis banyak2, kang korang baca sampai keluar muntah hijau, so kasi pelan2 kayuh ye..:-)Mungkin tips nie same je yang macam korang penah baca sebelum2 ni, cuma mungkin nak ingat kan balik je, mana lah tahu ada yang lupa..Sebab aku pun lupa, tulis ni baru ingat balik..Esok lupa balik..hahaha.

p/s : Aku sudah jatuh cinta dengan iphone 4!Ni sumer digi punye pasal, dia ketemukan aku dengan iphone 4, terus jatuh cintak..Bak satu boleh?:-)

Read more...

Tutorial | Cara Mudah Untuk Comment Di Blog

>> Thursday, November 11, 2010

Hai korang semua..Entry kali ni aku nak share dengan korang semua pasal macam mana nak memudah kan korang nak comment di blog yang korang lawati..Korang kan rajin mengomen, so dengan cara ni korang lagi la senang nak drop comment..Semudah a,b,c...hahahaha..

Sumer orang tahu yang bila kita nak komen di mana2 entry di blog orang, kita kena la masukkan kita punya nama, email, website..Bagi aku ini amat la leceh, Sebab aku sendiri kalau tak guna benda ni, memang malas la nak komen..Nak komen, tapi sebab malas nak fill up segala macam name la, email la..So terus malas nak komen..Kejam bukan aku?:-)


So nak senang kan cara nak komen, korang boleh guna easy comment..Senang je nak guna kan, just add on je pada browser korang, pastikan guna cik mozilla firefox la ye..:-) Senang je, korang just klik kat sini. Make sure korang allow la dulu ye jika nak gunakan kalau mozilla mintak kebenaran..


Bila dah siap install, easy comment nie akan ada kat bawah, penjuru bawah belah kanan, senang nak faham dekat atas jam lah..Macam kat gambar bawah ni.

easy comment akan berada di sini, tengok anak panah.

So korang klik pada easy comment yang kat bawah tu untuk korang isi ape yang perlu dan berkaitan dengan korang..Korang isi la name, email, website korang kat situ..Easy comment ni boleh ada banyak account jugak, so kalau korang share laptop ngan awek ke, same2 ada blog, ko satu account, awek satu account..So bila time nak komen, just guna la account masing2. 

Isi nama, email, website

So bila da siap isi sume tu, boleh la guna..Jom tengok cara nak gunakan pulak ye...Contoh kat bawah ni, aku masuk kat satu blog, dan aku nak comment..


Cara nak guna senang je, bila korag nak komen, korang just klik ke pada easy comment kat bawah tu, secara automatik di bahagian nama, website dan email akan diisi dengan maklumat yang korang dah set kan tadi..just korang boleh terus mengomen je la, tak perlu nak taip2 da..:-)

Itu je la, aku tak tahu la korang faham ke tak, senang je nak gunakan..Entry ni lame da duk kat dalam draft..Tak buat2..Kemalasan melanda diri..Diharap dapat membantu, so lepas nie, takda alasan dah, mesti komen di blog jarimerah ye..:-)

p/s : Sape g petang nie gigi party?dah lame tak jumpa blogger2 lain...Sape yang g, jumpa disana ya..

Read more...

Nak Bagi Login Facebook Anda Cool Tak

>> Thursday, November 4, 2010

Hai, semua..Sekarang dah masuk bulan 11 dah, kejap la sangat2 tahun 2010 ni, macam2 yang masih belum aku capai..Pejam celik tinggal sebulan je lagi untuk tahun 2010 ni..Hari ni aku nak share ngan korang semua macam mana nak bagi login  facebook korang nampak macam cool..:-)

Bukan la cool mane pun, cuma boleh buat kan page yang korang nak login tu nampak macam tak boring la..Korang boleh tukar jadi macam nie..Sila usya gambar dibawah ye..:-)


Senang je cara nya, korang cari je kat google facebook refresh , korang akan g ke page macam kat bawah nie and then korang just klik  install je la..


Bila dah siap install, bila korang nak login facebook, akan kuar la macam kat atas tu..Senang saje, Tapi kalau tak silap aku, ini untuk google chrome je, kalau tak silap la..Kalau silap sila sound aku kat comment ye..

So macam tu je la, bukan susah pun kan..Kalau la dah rasa boring dengan rupa page yang korang nak login facebook tu, boleh la try, mesti dah tak boring da..Tapi ada ke orang sekarang boring dengan facebook?Di gilai ramai adalah..hahahaha!Tapi sila ambil perhatian, ini BUKAN login facebook dapat 100!!hahahaha

p/s : Cek nuffnang dah sampai dah, nak memulakan sesuatu dengan wang itu..Korang duit nuffnang buat ape ek?Bagi idea sikit..:-)

Read more...

Jangan Jadi Seperti Lalat

>> Friday, October 29, 2010

Selamat pagi jumaat yang indah..Pagi ni nak turun swimming supaya dapat pecah lemak dalam 5kg ke, kalau boleh la, kalau tak boleh what to do, aku dah berusaha untuk menurunkan nya..Ayat seorang yang dah penat berbadan besar, bukan gemuk ok, cuma berbadan besar..:-)

Nama saya lalat,saya busuk tau..
Semakin hari makin ramai pulak lalat muncul dalam dunia blogging ni.Kenapa ek, ada je orang tak puas hati dengan apa yang diutarakan di blog..Ada yang sanggup guna gambar orang lain nak menyamar, ada yang anonymous je..Mengutuk sana sini..

Hei, ape masalah korang jenis macam ni ek, dah tak de keje sangat ke..Kalau betul dah tak de keje, meh datang jumpa aku, keje ngan aku jadi tukang kebun umah aku..Amacam?Memang korang berhak nak kutuk2, hak peribadi korang.Sebab yela, korang tak suka, kutuk je la..Tapi kan banyak lagi cara lain nak bersuara.Dari kutuk baik cakap elok2..Kan dapat pahala tu..Akai adaaaa?

Tapi orang jenis macam ni bacul, kutuk2 blog orang mane nak perkenalkan diri..Ni la pesen baling batu sorok tangan..Ko nak mengutuk blog orang, ko ada blog ke?Ke tak tau macam mana nak register blog?Tu la, jangan tunjukkan kebodohan diri sendiri..Nanti malu..


Kepada kawan2 blogger sumer, adat la kena kutuk, kena maki, ugut dengan mereka2 yang bertittle anonymous ni, jangan di layan..Sebab niat utama dia hanya lah nak tengok orang yang dikutuk tu terduduk, Kalau tu la niat diorang, memang kau silap lah wahai anonymous oi, tak luak ape pun kalau kau nak kutuk..At least kau menjadi pembaca setia blog2 kami..Terima kasih kami ucap kan..:-)

Read more...

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS