Jangan Jadi Seperti Lalat

>> Friday, October 29, 2010

Selamat pagi jumaat yang indah..Pagi ni nak turun swimming supaya dapat pecah lemak dalam 5kg ke, kalau boleh la, kalau tak boleh what to do, aku dah berusaha untuk menurunkan nya..Ayat seorang yang dah penat berbadan besar, bukan gemuk ok, cuma berbadan besar..:-)

Nama saya lalat,saya busuk tau..
Semakin hari makin ramai pulak lalat muncul dalam dunia blogging ni.Kenapa ek, ada je orang tak puas hati dengan apa yang diutarakan di blog..Ada yang sanggup guna gambar orang lain nak menyamar, ada yang anonymous je..Mengutuk sana sini..

Hei, ape masalah korang jenis macam ni ek, dah tak de keje sangat ke..Kalau betul dah tak de keje, meh datang jumpa aku, keje ngan aku jadi tukang kebun umah aku..Amacam?Memang korang berhak nak kutuk2, hak peribadi korang.Sebab yela, korang tak suka, kutuk je la..Tapi kan banyak lagi cara lain nak bersuara.Dari kutuk baik cakap elok2..Kan dapat pahala tu..Akai adaaaa?

Tapi orang jenis macam ni bacul, kutuk2 blog orang mane nak perkenalkan diri..Ni la pesen baling batu sorok tangan..Ko nak mengutuk blog orang, ko ada blog ke?Ke tak tau macam mana nak register blog?Tu la, jangan tunjukkan kebodohan diri sendiri..Nanti malu..


Kepada kawan2 blogger sumer, adat la kena kutuk, kena maki, ugut dengan mereka2 yang bertittle anonymous ni, jangan di layan..Sebab niat utama dia hanya lah nak tengok orang yang dikutuk tu terduduk, Kalau tu la niat diorang, memang kau silap lah wahai anonymous oi, tak luak ape pun kalau kau nak kutuk..At least kau menjadi pembaca setia blog2 kami..Terima kasih kami ucap kan..:-)

Read more...

Blog Kau Bosan Lah Broo

>> Thursday, October 28, 2010

Hai korang semua..Sudah lame aku tak update blog ini, memang malas sangat bak kate poojie.. Huahuahua ! ! Apa boleh buat, niat untuk menulis dah ada, cuma tak terlaksana sahaja..Aku masih belum konsisten untuk berblogging..


Semakin hari semakin banyak blog yang muncul, boleh kata setiap orang nak ada blog, macam dah jadi satu kewajipan pulak, ada facebook, ada twitter mesti nak ada blog.Tapi bukan semua ok.Blog bagi aku adalah satu medium untuk berkata2, tak kira lah dari segi apa pun..Kebebasan untuk bersuara dan meluahkan rasa sesuatu..

Tetapi bukan lah boleh sewenang-wenang nya untuk berkata apa pun, mungkin akan menimbulkan kontroversi atau masalah pada penulis itu sendiri jika isu yang diperkatakan menyentuh apa2 isu sensitif..

Bagi aku, blog aku ni adalah tempat aku nak suka-suka sahaja.Kalau aku rasa nak menulis, aku tulis lah..Isu nya tak kira, apa yang aku rasa aku nak tulis dan share dengan orang, so aku akan tulis..Aku masih baru dalam dunia blog ini..Masih banyak yang perlu aku pelajari..


Photobucket


Aku masih mencari identiti blog aku ni, sebab untuk mencari identiti blog aku rasa memerlukan masa bak kata melz..Aku setuju, bukan senang untuk mencari identiti blog..Erti kata lain, segala yang berkaitan dengan blog perlu ok supaya wujud identiti sendiri terhadap tuan punya blog.

Jadi aku rasa aku masih perlu belajar untuk menambah baik kan blog ini, memang susah untuk focus pada blog, sebab mungkin belum sampai masa nya..Aku nak rombak blog ni sampai aku rasa puas hati.Kemudia aku akan aktif berblogging..Mencari isi yang terbaik untuk bagi orang tidak merasa bosan dengan isi2 yang aku tulis kan..

So apa yang aku nak sampai kan kat sini hanya lah satu luahan perasaan aku terhadap blog aku sendiri, secara jujurnya aku dah mula rasa bosan tengok blog aku ni, aku nak ubah supaya nampak lebih tersusun dan sedap mata memandang...

p/s : Same la broo eyriqazz, kita tengah same2 menantikan cek dari nuffnang..Tp aku nye jumlah kecik sgt la..Syukur rezeki..:-)

Read more...

Ada Apa Di Sungai Lembing Pahang

>> Thursday, October 14, 2010

Ada yang tahu sungai lembing dan ada yang tak tahu..Sungai lembing terletak di negeri pahang..Kalau dari kuantan ambik masa lebih kurang 45 minit untuk sampai.Sungai lembing ni adalah satu pekan kecil lame, kedai2 lame yang banyak sudah tak digunakan lagi..

Yang menariknya sungai lembing nie adalah satu tempat yang penah menjadi lombong bijih timah zaman2 dulu kala la..Memang banyak sejarah kat sini..Tempat nye pun agak seram la kalau datang petang2 sebab pekan sungai lembing nie sudah mati, tak banyak kedai yang masih hidup..

Tapi kerajaan negeri sekarang dalam proses untuk menjadikan sungai lembing sebagai satu tarikan pelancongan di negeri pahang..Banyak benda di baik pulih semula..Dan kalau g sungai lembing sekarang ni time weekend, memang ramai orang..Terutama orang dari singapore.Memang ramai..

Aku dah pegi 3 kali ke sungai lembing ni, ape yang aku suka sangat sebab suasana dia memang lain..Satu pekan lama yang rumah kedai pakai zink je, tapi masih kuat lagi..Jom layan gambar sikit2 sekitar sungai lembing.


Antara benda yang orang akan g bila datang sungai lembing adalah jambatan gantung nye, agak panjang lah, tinggi dan ada banyak jambatan gantung kat sini.


Antara pemandangan sekitar pekan sungai lembing, banyak yang kerajaan dah naik pulih untuk pelancongan, tengok la pokok2 kat sini, besar gile. ada yang tertulis kat pokok tu, dijangka ditanam tahun 1511.


 Ini pulak adalah tapak kilang bijih timah yang lame, dan tu adalah antara terowong untuk masuk ke dalam lombong..Ada banyak lagi terowong kat sana, pintu masuk ke lombong bawah tanah..Scary!

 Dan kalau korang jenis adventure, nak kan benda lasak2, korasng boleh g layan air terjun pelangi kalau tak silap aku.Tapi kena menaiki kenderaan 4WD lah, kena jalan off road lebih kurang sejam, akan sampai la.Jauh ke dalam hutan.Tapi kalau tak de kenderaan 4WD, jgn risau, boleh g, ada dekat situ diorang sediakan, korang bayar je la..Diorang akan bawak g.
 Jernih giler ( nie bukan air terjun pelangi, aku x penah lg sampai air tejun tu, biasa mandi kat sini je pun da gempak..Nak g sini lebih kurang setengah jam off road)

 Kolam air panas.

 Sejuk gile nie..

P/s : Menarik tak?Banyak lagi, korang g la layan sendiri kat sana, "Dalam banyak2 sungai, sungai ape yang paling tajam"?:-)

Read more...

12 Maut Tragedi Lebuh Raya | Dahsyat

>> Monday, October 11, 2010

Sungguh sedih la berita ni.Tarikh 10/10/10 ada ramai yang melangsung kan hari bahagia mereka tapi pada tarikh 10/10/10 juga lah berlaku nya satu kemalangan yang ngeri, mengorbankan banyak nyawa..


petikan dari Utusan
Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.
Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.
Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Sumber : Utusan

p/s : Berhati-hati lah di jalan raya ye, takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.Alfatihah

Read more...

TAHNIAH ATAS PERKAHWINAN DATUK DR SHEIKH MUZAFFAR DAN DR HALINA

>> Sunday, October 10, 2010

pic credit to candid syndrome

Tahniah aku ucap kan kepada angkasawan negara iaitu Datuk Dr sheikh Muzaffar atas pernikahan beliau dengan pasangan hidupnya iaitu Dr Halina.. Setelah lapan tahun menjalinkan hubungan, akhirnya beliau menetapkan untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada hari ini 10/10/10..

Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Masjid Sultan Mizan Putrajaya..Beliau telah dinikah kan oleh bapa Dr Halina sendiri dengan sekali lafaz sahaja..Dan disaksikan oleh ahli keluarga kedua belah pihak, peminat2 beliau serta kawan2 angkasawan dari negara lain...

Majlis resepsi pula akan berlangsung pada malam ini pada pukul 8 malam.Ada siaran langsung lagi di tv3 pada jam 9 malam..Majlis resepsi yang bertemakan kayangan..So kalau nak tau kayangan tu rupa dia macam mane, jangan lupa saksikan di tv3 malam nie tepat jam 9 malam.:-)

Aku mendoakan pasangan ini akan bahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu serta berjaya menjalani liku2 kehidupan..Nanti boleh la mereka nie g honey moon kat angkasa lepas..:-)

p/s : Giler ramai orang buat majlis kawin hari nir kan?Korang x buat ke?:-) Tadi tengok nona, bukan main cun pulak Dr Halina tu, make up simple sajork.

Read more...

Try test

>> Saturday, October 9, 2010

Cubaan aku update guna email...x tau la jadi ke x nie...aku bab-bab it nie memang agak keterbelakang sikit..:)

Read more...

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS