Ada Apa Di Sungai Lembing Pahang

>> Thursday, October 14, 2010

Ada yang tahu sungai lembing dan ada yang tak tahu..Sungai lembing terletak di negeri pahang..Kalau dari kuantan ambik masa lebih kurang 45 minit untuk sampai.Sungai lembing ni adalah satu pekan kecil lame, kedai2 lame yang banyak sudah tak digunakan lagi..

Yang menariknya sungai lembing nie adalah satu tempat yang penah menjadi lombong bijih timah zaman2 dulu kala la..Memang banyak sejarah kat sini..Tempat nye pun agak seram la kalau datang petang2 sebab pekan sungai lembing nie sudah mati, tak banyak kedai yang masih hidup..

Tapi kerajaan negeri sekarang dalam proses untuk menjadikan sungai lembing sebagai satu tarikan pelancongan di negeri pahang..Banyak benda di baik pulih semula..Dan kalau g sungai lembing sekarang ni time weekend, memang ramai orang..Terutama orang dari singapore.Memang ramai..

Aku dah pegi 3 kali ke sungai lembing ni, ape yang aku suka sangat sebab suasana dia memang lain..Satu pekan lama yang rumah kedai pakai zink je, tapi masih kuat lagi..Jom layan gambar sikit2 sekitar sungai lembing.


Antara benda yang orang akan g bila datang sungai lembing adalah jambatan gantung nye, agak panjang lah, tinggi dan ada banyak jambatan gantung kat sini.


Antara pemandangan sekitar pekan sungai lembing, banyak yang kerajaan dah naik pulih untuk pelancongan, tengok la pokok2 kat sini, besar gile. ada yang tertulis kat pokok tu, dijangka ditanam tahun 1511.


 Ini pulak adalah tapak kilang bijih timah yang lame, dan tu adalah antara terowong untuk masuk ke dalam lombong..Ada banyak lagi terowong kat sana, pintu masuk ke lombong bawah tanah..Scary!

 Dan kalau korang jenis adventure, nak kan benda lasak2, korasng boleh g layan air terjun pelangi kalau tak silap aku.Tapi kena menaiki kenderaan 4WD lah, kena jalan off road lebih kurang sejam, akan sampai la.Jauh ke dalam hutan.Tapi kalau tak de kenderaan 4WD, jgn risau, boleh g, ada dekat situ diorang sediakan, korang bayar je la..Diorang akan bawak g.
 Jernih giler ( nie bukan air terjun pelangi, aku x penah lg sampai air tejun tu, biasa mandi kat sini je pun da gempak..Nak g sini lebih kurang setengah jam off road)

 Kolam air panas.

 Sejuk gile nie..

P/s : Menarik tak?Banyak lagi, korang g la layan sendiri kat sana, "Dalam banyak2 sungai, sungai ape yang paling tajam"?:-)

5 comments:

||| PöJìé PööH ||| October 20, 2010 at 11:50 PM  

Wahhh bestnyerr!! Teringin nak masuk ke dalam lubang terowong tuh la. Mesti adventure :)

Love,
PojiePooh Abdullah

aideeb October 22, 2010 at 8:26 AM  

wow..bleh promote kat kawans sy yg kaki masuk hutan n air terjun....tapi mmg scary jugak tgk pekan sg lembing...kg kamu ker?..
best klo photoshoot hitam putuh...

(nice blog...santai dan informative)

redfingger October 22, 2010 at 12:04 PM  

pojie : agak adventure la pojie..naik 4wd pun bergegar jugak la badan..hahaha..tp mmg best..:-)

aideeb : suruh je kwn awk 2, memang best pun..jgn g ptg2 plak, takut woo..hahaha..bukan kg, just jalan2 je kat kuantan, saje g sg lembing..
tq atas pujian..:-)

julietANNA December 1, 2010 at 4:15 AM  

hey :) first time drop by sini tu pun sebab google pasal air terjun pelangi. teringin nak pergi! macam best je kannn. bukit panorama pun cantik. memang akan pergi jugak satu hari nanti. tengoklah if free tahun depan. hehe. memang betul ke ada disediakan 4WD? kang pergi tadak pulak :D bayar berapa? excited plak hee.

Post a Comment

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS