TOL PERCUMA HARI RAYA 2010 || BALIK KAMPUNG

>> Friday, September 3, 2010

Gambar  hiasan semata2


KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengumumkan pengecualian tol kepada semua kelas kenderaan yang melalui lebuh raya ke arah Pantai Timur sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. 

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata tol percuma itu membabitkan tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) yang berada di bawah pengurusan MTD Prime, untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan.



Beliau berkata, mulai jam 9 malam pada 7 September depan hingga 6 pagi 8 September keesokan harinya, pengguna dikecualikan daripada membayar tol.
Malah, katanya, pengguna juga tidak dikenakan sebarang pembayaran tol pada 15 September mulai jam 9 malam sehingga 6 pagi (16 September). 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Gombak, hari ini.



Sumber : Berita Harian

Ape lagi, dah free dah tu...Sesape yang balik ke pantai timur best la..lalu je kat tol 2, x dapat la nak ngorat tol gurl tu..Huahuahua ! ! Takpe2, asalkan free dah cukup bagus..At least duit tol boleh bagi duit raya kat budak2 kan..Ada jugak kebaikkan nya...Pape pun sape yang dah mula nak balik kampung, Selamat balik kampung jarimerah ucapkan...Pandu lah berhati2..Ingat lah aku..Huahuahua ! !

p/s : Hari nie nak g jalan2 ngan missnora, harap2 manusia x terlalu ramai supaya tiada sesi langgar2 bahu terjadi..:-)

0 comments:

Post a Comment

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS