MAKE OVER RUMAH
>> Tuesday, February 9, 2010
Harus diakui memang sudah lame aku tak update blog. Seminggu lebih da aku tak update blog. Gara-gara malas dan tiada mood.:-) apa sudah jadi pada jari merah ini?sungguh kesia dia kesunyian.. Kali ni aku nak update pasal sesi aku make over rumah. Sungguh best dan teruja sangat2. Mane tak nye, dah lame rumah aku macam tu je tak berubah2.
Semuanya bermula apabila kerja aku mengikis cat yang lame. Kikis sebab nak pastikan bila cat nanti warna nye akan lebih cantik dan tahan lama. Tak banyak pun yg nak di cat. Satu dinding saja. Dinding tu berwarna merah! oh tidak! Warna merah sudah tiada lagi kat rumah aku..sob..sob..sob..
Inilah warna asal dinding yang sudah bertukar warna
Aku la yang mengikis segala cat warna merah tu. Memang penat la. Nampak macam senang je nak kikis cat tu, tapi ada part2 yang boleh menguji kesabaran ko punye lah. Mujur la aku ni penyabar.penyabar la sangat! Walaupun susah, aku buat sikit demi sikit. Dari siang sampai la ke malam.
Da macam gravity la pulak kan?hahaha
Lepas da siap sume kikis2 sampai da takde langsung warna merah, baru la mula mengecat pulak. Cat senang je. Golek saje roller tu kat dinding.:-)
Sudah kembali kepada warna asal.
Lepas tu cat la pulak. senang dan mudah saje. oh tidak! Selamat tinggal warna merah kesayangan ku. Nanti aku cat bilik aku la warna merah pulak.:-) So korang nak tahu tak aku cat rumah warna apa? Jom kita saksikan ye. :-)
Taaadaaa..ini lah warna baru untuk menggantikan warna merah. Ni kalau kak cerra tengok mesti dia suka gile ni..:-)
Bila da sipa cat, ape lagi, kemas rumah la pulak. Sebab ada beli perabot baru sikit. Sementara tungggu perabot sampai, kemas satu rumah. Mop lantai, kemas semua la. Tapi kerja2 ini banyak di lakukan oleh kak chik dan kak ied. Aku sekadar memerhati sahaja..hahaha. Ok lah, korang nak tengok apa hasilnya sesi make over rumah aku. Mari la kita saksikan bersama2 ye. Aku sangat suka akan perubahan baru ni. Rumah lebih nampak luas, selesa dan cantik.puji rumah sendiri!
p/s: Apakah warna rumah korang semua dan kenapa korang pilih warna tu?
8 comments:
cantik rumah ..bila nak jemput? :D
great job and nice home...trendy gitu...huhhuhu
dah macam deca bersama eric lah..eh bob..hehehe
.rumah kite warna coklat
.1st hall hijau, buat tone
.2nd hall orange, tone gak
.bilik pink + marroon
.toilet pink
.1st dapur biru
.2nd dapur pink
.dah mcm tadika dah ;D
.ni link ke my house renovation ;)
http://intanurulfateha.blogspot.com/2009/06/sepetang-di-waktu-petang-lepak-dpn-ruma.html
aku tumpang umah mak cik aku jadi warna ikut suka dia
kalau aku ada umah sendirik aku nak
kaler ijau gak cam umah ko
cantik sangat .....
wargh.. canteknya.. buatkan utk bilik sy bole? eehehe
mmm..sama mcm kaler umah kina lah! kina suka hijau. perabot lak kaler hitam. mmg serasi...
Jari merah. Kak honeyz pun tengah kerja mengikis cat lama. Tapi mak ai.. dah berhari2 lamanya masih x siap2 lagik. ada tip x untuk memudahkan kerja menegcat ni. Tip dari jari merah amat di hargai. Sila jawab di blog akak ye.
Post a Comment