PERIBAHASA YANG DIJAHAMKAN | KELAKAR

>> Thursday, September 30, 2010

Hai korang semua, 3 hari lepas aku ada la blogwlking, baca blog korang sumer...Macam2 cite ada korang nie kan, terhibur aku baca..Tengah2 blogwalking, aku terjumpa satu blog yang entry nye pasal peribahasa..Mak datuk, sumpah kelakar...

Memang hilang ngantuk aku baca peribahasa kat blog tu, mau terguling2 aku dibuatnya...So kat sini aku nak share la ngan korang sumer pasal peribahasa tu..Bersedia lah korang untuk ketawa sampai keluar medula oblongata korang..:-)

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang pun berguna.

4. Biar lambat, asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.

21.Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau
nak mengail di laut.
(beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!

Kelakar kan?Kalau korang nak usya entry blog yang aku jumpa nie, korang boleh le menjenguk ke blog ini habis hujan tumbuh cendawan..:-) dan entry nie credit kepada blog beliau...Peribahasa ini sekadar hiburan sahaja ye korang sumer..

2 comments:

Paan Ovrtd October 5, 2010 at 11:20 AM  

Dude, no offense, but you should fix the title of this entry...

BTW, one hilarious post you got here! I laugh most of the time reading it!

farah anuar October 8, 2010 at 5:02 AM  

hgahaha..bapak kelakar bob..
ada satu ni aku penah dengar..
'buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali' buatlah jahat berkali2.. bapak la bodoh gler..ahaha

Post a Comment

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS