BALIK KAMPUNG

>> Tuesday, January 26, 2010

Weekend hari tu aku balik ke kampung dengan kak chik, kak ma dan asyraf. Kitaorang gerak lepas subuh hari sabtu. Meman awal ye, sebab aku seorang yang sangat2 menghargai masa tipu.. Tapi gerak ke melaka dulu untuk ambik segala barang2 kak ma, sebab dia da pindah dan kerja kat putrajaya sekarang.

Sampai alor gajah dalam pukul 8. Lapar tahap nak makan tayar keta da time tu!!. Kak ma timbul dengan idea dia yang ntah pape. Ajak makan mee goreng pagi2 buta. Memang la normal. Tapi kami tak nak! Nak makan nasi lemak ke, roti canai ke. Ok la, pastu terus g breakfast kat satu warung roti canai. Penebar roti canai itu adalah seorang wanita ye. Time kat kedai tu, kakchik telah di pandang sinis oleh m.cik yang ambik order tu sebab order ala2 kl pulak..hahaha.. Teramat la hebat m.cik tu.:-)

Pastu terus gerak ke umah sewa lame kak ma.Ambik segala barang dia. Aku ingat tak banyak, sekali ngan mesin basuh, katil la.. Mujur dia tak nak hangkut sekali umah2 tu..chooi....

Aku susun la segala barang2 tu dalam frontier milik abg ku.. hasil nye penyusunan barang adalah seperti berikut..


 
 
asyraf yang konon nak duk belakang dari alor gajah ke kampungku..

Da settle sume, terus gerak balik kampung. Aku drive slow je, takut tercampak pulak katil sume tu..hahaha.. Kakteh memang duduk kampung hari tu, mak abah jaga dia sebab dia dalam pantang lagi. Aku sungguh terkejut bila tengok qalesya yang baru aku tak jumpa seminggu, pipinya sudah seperti pipi ku..:-)


 
sungguh tembam!!!!

Tapi hari ahad tu, kakteh da kena balik kl semula. Sebab ada appointment ngan doctor. So, mak abah pasti sunyi lepas nie sebab qesya da balik. sob..sob.. Kakteh kata, time dia duk berpantang kat kampung, abah sangat2 selalu main2 ngan qesya, sampaikan dia tido pun kadang peluk qesya. Mesti abah n mak terasa sunyi sangat. Sedih pulak aku rasa. Time kakteh nak balik tu pun nampak mak abah sedih, tp yela, orang tua.. Dia tak kan tunjuk punya..:-(



Uwan ngan atuk qesya yang sedang dukung qesya sebelum qesya balik kl. ( kakteh...kakteh kena balik selalu pasni)


kakteh pun sedih kan time nie?:-(

Begitu lah asam garam manusia. Semua orang akan melalui saat2 macam ni. Pasnie mesti mak asyi tinjau2 bilik kakteh nak tengok qesya..sob..sob..

2 comments:

mizz ina January 26, 2010 at 11:08 AM  

banyak la ko dik.. bile masa pulak k.chik order mcm tu.. ke kamu kate diri sendiri kan.kan..kan.. hahahhahaha

redfingger January 26, 2010 at 3:46 PM  

manusia xkan ngaku punye...:-)

Post a Comment

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS