Showing posts with label realiti tv. Show all posts
Showing posts with label realiti tv. Show all posts

GEMPAR | RELEVAN LAGI KAH REALITI TV?

>> Thursday, April 15, 2010


Hari tu aku ada la layan satu realiti tv nie..Ape lagi kalau bukan af..Aku x berapa ikuti la af nie, kadang jer aku tengok diari..Tu pun kadang2 tertengok, x sampai hati nak tengok lebih2 sebab sedih sampai kuar air mata darah..:-p

Kelakar betul la af kali nie, boleh bercintan citun la pulak..Siap main2 hantar surat lagi..Da macam budak2 sekolah rendah..Budak sekolah menengah pun aku rasa da x buat kot cm2..hahaha..Da la banyak main, suara pulak agak kureng sikit la...Ntah, tu pendapat aku je..Yang pasti orang tetap mengundi...

Sedih...sedih..sedih...:-)

Kenapakah ia terjadi??Aku bukan la poyo2 nak ambik tau pasal benda nie..Tapi bagi aku af da x relevan langsung...

Bagi aku kalau korang nak tau kritikan paling pedas pasal af nie, g la website klubbkidd..Aku suka giler baca sebab kritikan joe memang complete!!!i like...:-)

Pape pun aku nak pakai ferari macam norman..:-)
p/s : Bestnye sabtu nie dapat jumpa blogger ramai2...korang g x? n3 xde gambar sebab mood aku kelaut x balik2 lagi..

Read more...

AKADEMI FANTASIA 8 HAMPIR BERMULA

>> Thursday, February 11, 2010


Setelah lama yang selalu bermain dengan teka-teki, kini akhirnya segala tanda tanya terjawab.Ramai yang menanti-nantikan siapakah yang akan menjadi pengetua AF8.Siapakah yang menjadi tenaga pengajarnya?Siapakah yang menjadi pengaca untuk rancangan realiti tv no 1 negara.

Untuk musim ke-8 ini, pengetuanya adalah seorang yang hebat dan kaya, siapa lagi kalau bukan norman KRU. Ramai yang menyangkakan dia yang akan menjadi pengetua af 8, dan ramalan itu adalah tepat. Bangi pengacaranya pulak adalah sarimah ibrahim yang di gandingkan dengan jimmy shanley yang popular dengan trek selebreti.Best sarimah, da la jadi pengacara The Biggest Loser Asia, ni dapat pulak jadi pengacara af 8. Tahniah la buat mereka berdua.




Untuk barisan tenaga pengajar musim terbaru ni pulak tak banyak yang berubah.Masih ada muka-muka yang sudah pernah menjadi tenaga pengajar untuk musim-musim yang lepas.Antara nya adalah adnan abu hasan, cikgu fatimah, siti hajar, linda jasmin yang kali ini di gandingkan pulak bersama suaminya iaitu que haidar yang juga telah dilantik untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar af 8 ini.


Persoalannya disini, adakah af 8 ni masih kick lagi?apa kata korang?Seperti af yang sudah-sudah, bagi aku tak berapa best sangat la.Last yang best pun time mila menang.Yang best bagi aku dari af 1 sampai la af 5.Lepas tu da tak macam best walaupun macam-macam gimik yang di buat. Tu pendapat aku je.Korang?

sumber: credit to murai

Read more...

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS