Showing posts with label balik raya. Show all posts
Showing posts with label balik raya. Show all posts

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

>> Friday, September 10, 2010

Salam korang semua..Pejam celik dah hari raya dah...Kepenatan menjaga api lemang sangat belum hilang lagi nie..Tapi best sangat2 sebab benda tu la yang aku paling tunggu2 sebelum raya..Kenikmatan buat macam2 bersama keluarga tersayang...



Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya..Aku menyusun sepuluh jari kepada pembaca2 blog cap ayam aku nie..Jika ada penulisan aku yang salah, terover dari biasa atau ape je yang buat korang x senang baca, aku mohon seribu kemaafan..

Semoga Aidilfitri kali ini kita memohon maaf di antara satu sama lain, dan membuka lembaran baru untuk kehidupan kita...

Semoga korang semua happy bersama keluarga tersayang, kalau ada duit lebih, jangan lupa bagi aku duit raya dan jemput datang rumah untuk beraya..:-)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI JARIMERAH

p/s : sampai raya dah, satu kad raya pun x dapat, korang ada dapat x?:-)

Read more...

IKLAN RAYA KONTROVERSI

>> Sunday, September 5, 2010

Hai korang sumer, tadi akak aku ada cakap yang ada iklan raya yang ada kontroversi..Aku pun x tau la ape citer sebenarnya, aku pun cari la kat youtube, jumpa iklan tu..

Korang nak tengok x?Jom aku tepek kat sini, korang tengok la sendiri iklan yang menjadi agak kontroversi untuk raya tahun 2010 nie..Iklan nie dari TV3 untuk penonton2 mereka semua...





So ini lah dia iklan nya, macam mane korang?Kontroversiti x iklan ni?Bagi aku iklan ni tak sesuai untuk hari raya sebab dah macam iklan untuk krismas la pulak aku tengok..Betul pak cik tu guna beca, tapi x sesuai la, siap bawak budak2 jalan kat langit la, wei, sebijik macam santa claus da aku tengok caranya..

So ape2 pun korang judge la sendiri sebagai penonton ye..Ok ke tak iklan macam nie..Bagi aku memang tak sesuai langsung...Dan aku dengar TV3 dah kuar kan iklan nie dari FB TV3 dan mungkin iklan nie akan di tarik semula siarannya..Bagus la kalau macam tu..

p/s : teringat pulak iklan petronas dulu2, sumer nye gempak2 dan menyentuh hati...Betul x korang?

Read more...

TOL PERCUMA HARI RAYA 2010 || BALIK KAMPUNG

>> Friday, September 3, 2010

Gambar  hiasan semata2


KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengumumkan pengecualian tol kepada semua kelas kenderaan yang melalui lebuh raya ke arah Pantai Timur sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. 

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata tol percuma itu membabitkan tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) yang berada di bawah pengurusan MTD Prime, untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan.



Beliau berkata, mulai jam 9 malam pada 7 September depan hingga 6 pagi 8 September keesokan harinya, pengguna dikecualikan daripada membayar tol.
Malah, katanya, pengguna juga tidak dikenakan sebarang pembayaran tol pada 15 September mulai jam 9 malam sehingga 6 pagi (16 September). 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Gombak, hari ini.



Sumber : Berita Harian

Ape lagi, dah free dah tu...Sesape yang balik ke pantai timur best la..lalu je kat tol 2, x dapat la nak ngorat tol gurl tu..Huahuahua ! ! Takpe2, asalkan free dah cukup bagus..At least duit tol boleh bagi duit raya kat budak2 kan..Ada jugak kebaikkan nya...Pape pun sape yang dah mula nak balik kampung, Selamat balik kampung jarimerah ucapkan...Pandu lah berhati2..Ingat lah aku..Huahuahua ! !

p/s : Hari nie nak g jalan2 ngan missnora, harap2 manusia x terlalu ramai supaya tiada sesi langgar2 bahu terjadi..:-)

Read more...

  © Setelah digodek-godek.....inilah... MARLBORO MERAH by JariMerah 2010

LOMPAT KE ATAS